sepet juga rakan saya

sekitar part 5, aku didedahkan dengan persekitaran pembelajaran yang tidak tertumpu dan sosial. Lebih lebih lagi dengan subject Applied Studies. (berlaku kajian : google translate) yang melibatkan sekumpulan remaja ukur bahan yang sama batch tetapi tidak sama kelas. Setiap kumpulan terdiri dalam 7 ke 8 orang dan jika bernasib baik aku dapat dengan orang yang aku kenal. Ini penting untuk proses persembangan, ketidakhadiran atau kelewatdatangan nanti. Ketika itulah aku berkenalan dengan own a.k.a sepet yakni pemilik blog tersohor seksyen tujuh baru. Beliau merangkap ketua kumpulan, ketua bualan, tukang bawa laptop, dan penggemar ultraman (tak silap aku ko bukak cite ultraman dulu kan?). Aku tidak bersifat proaktif di dalam kelas, hanya mendengar dan mengangguk sebagai tindakbalas sepanjang kelas itu berlangsung. Dan aku rasa 90% daripada kerja yang dibuat adalah titik peluk si own sendiri termasuk binding, mengutip duit kelas, memprinting, dan tidak kurang juga membuka aircond. Rasanya tugas aku hanya membuat slide presentation semasa final presentation. Oh ya, aku juga berkenalan dengan achik, rakan baru yang berketinggian 161cm, gemar tersenyum, dan tidak lokek untuk bertanya.

2 comments: