Nurdin rakan saya


Awal tahun 2007, ketika era pasca slr d70 melonjak naik sekitar mudah.my. Aku dengan rasa segan menyertai kempen sayangi rakan rakan kelas anda a.k.a trip part two. Jauh. sampai ke Terengganu bagai, oleh kerana tidak berapa fasih dengan ucapkata masyarakat disana. aku mendapatkan khidmat nurdin,Pelajar paling bijak berstatus bujang ketika itu. Aku didedahkan dengan pelbagai budaya dan adat adat unik, Nurdin sempat menasihati agar aku rajin rajinlah menegur rakan rakan sekelas lain seiring dengan kempen sayangi rakan. Aku yakin beliau tidak perasan ketika itu aku hanyut mendengar koleksi lagu rock leleh di sinar.fm sambil memandang panorama di tingkap bas. Setibanya di sana, aku terjaga dari tidur hasil dari suara suara excited rakan rakan berhampiran. Sebelah aku, nordin masih lagi sedang membicarakan soal pentingnya menegur rakan sekelas. tergamam.



sepanjang perjalanan aku tunduk sambil menggaru kepala sebagai tanda segan yang amat sangat.

2 comments: