apa ada hal

Hampir empat bulan tak berjamming. Masing - masing sudah jauh dan mempunyai hala tuju. ahad lepas, bal sempat singgah shah alam. nak jamming punya pasal katanya. vokalis, shai casablanca sudah berumahtangga sekarang, memang takda harapan nak sama berjamming. Ingat tak part four dulu. jumaat malam adalah malam wajib berjamming. Kalau di studio atang aku agak tidak suka sebab cymbal pecah dan pedal bass yang rosak. Lebih gemar di studio 7 baru dengan drum pearl beralaskan gambar Joey Slipknot. Lama kelamaan lebih kerap ke studio seksyen 9. Aku suka teddy picker, bal aku yakin dia gemarkan semua tak sama, matek dengan reptilia, alep sudah tentu heart in the cage dan shai peminat setia razorblade. Ingat lagi, kita pertama kali masuk battle of the band dan dapat tempat ke dua. siapa tak sangka.

No comments:

Post a Comment