hendak seratus daya

Aku perasan. korang pun perasan. sekarang manusia semuanya terkejar kejar hal hal dunia, paling jelas duit. aku tahu bertapa penting duit dalam tamadun sekarang. Masakan tidak aku kerja bagai nak rak bukan? aku lihat sendiri situasi rakan rakan yang dahulunya boleh dibawa bersembang tetapi kini tidak. Dahulunya dia paling kelakar tapi kini dia paling menjengkelkan. Benar, siapa tidak tergoda melihat rumah agam besar, kereta eropah mewah, lampu liplap, Baju ribuan ringgit. Cuma satu yang aku faham tentang manusia. Tidak pernah puas. Bila kau berduit dan senang, kau ingin kekal dalam formasi begitu? Rasanya tidak. Mungkin nanti terfikir untuk meluaskan empayar dan impian tergolongan dalam kelas elit. Kau bahagia selepas itu? Mahu jadi seperti drama melayu berebut saham?

Semua pemberian rezeki datang dari Maha Pencipta, jika diberikan rezeki yang melimpah ruah, syukur itu perlu. Aku mementingkan kebahagiaan dari kekayaan. Cukuplah bersederhana. Kelak nanti, aku mengimpikan hidup jauh dari semak konkrit. Cukuplah dengan lawn yang luas, duduk di kerusi, menghirup teh boh suam sambil menikmati lagu lagu Al green. nikmat beb. syukur Alhamdulillah.

2 comments:

  1. sama!!!! hahah. tak, aku pun tadek la tanak duit langsung kan, tapi letih kot nak kejar semua. Haha. (Baru 23 dah rasa letih nak kumpul harta). Kereta yg cute, rumah yang selesa, dah cukup kot. Ni berhektar2 punye pokok kene tebang untuk buat 1 rumah je. SATU rumah je kot!

    Ok bye. Kerepek byk sgt dah kat sini.

    Take care aie :)

    ReplyDelete
  2. letih satu hal, kerja demi kelangsungan hidup. ok aku tak boleh merungut. mana ada rezeki datang free2.. want something, then work for it. kannnn

    ReplyDelete