bagaimana aku boleh terdownload movie singles?

Aku masuk kerja agak awal hari ini, punch kad dalam pukul 840am. manusia kedua terawal masuk selepas boss. Macam tak biasa, aku buka pc office dan membuka laman laman harian. Juga macam tak biasa, aku buka mudah.my untuk mensurvey barang barang collective bundle yang murah. aku taip "bundle" click "personal item & homes" dan "entire Malaysia". banyak betul. tapi mahal. tak mampu. dalam lepas page ke 4 kalau tak silap. terjeling ada manusia dari perak nak tolak baju "Citizen Dick" kaler hitam saiz m dalam rm88 (nego). apa jadah nama tu?

Entah apa masalah dengan kehidupan, aku agak interesting dengan perkataan aneh tu. lantas, aku google segoogle - googlenya maksud tersirat citizen dick. lebih nakal lagi, aku pergi ke Google translate, type "dick sebanyak 9 kali dan click "listen". paling nakal, aku maximumkan volume. okay. part tu aku tipu. part yang betul betul berlaku aku google "citizen dick", baca desription dari random web, katanya itu fictional band eddie vadder dalam movie singles (1992). aku pergi pula ke imdb.com, laman web terbaik untuk melihat review review movie holliwood. terpengaruh dengan review ayat ayat puitis versi english, terus aku download tanpa berfikir panjang lagi lagi tentang bil elektrik, virus trojan dan final report yang hilang sejak semalam. gosh!

Runut bunyi movie ini bukan calang calang, billy corgan, chris cornell, Paul Westerberg, Pearl jam, Jimi Hendrix, Mudhoney, Jane Addiction's, The Pixies dan Alice in the Chain. amacam? horny dah?


No comments:

Post a Comment