new york

shah alam tak macam dulu, bangunan i-city dulunya belukar, tujuh komersial dulunya semak samun, sesak normal pagi sahaja. sekarang normal jika sesak 24jam. tujuh komersial sekarang dah new york, malam tak pernah tidur. sekali pandang jakel dah macam chowkit awal 90an bila seminggu nak raya. pelajar semua segan nak jalan kaki. lebih rela tempuh sesak dan azab mencari parking. baru malam tadi aku berlibur di kedai makan berdekatan seven eleven tujuh komersial. aku rasa aku tak order melampau. tapi bila bayar, mencarut pun tak guna. sungguh tak student harga makanan kat situ. aku fikir, duit ptptn macam tak cukup kalau nak hidup bergaya di alam new york.

apa apa pun korang perasan tak burger MCD makin kecik?


No comments:

Post a Comment