ringgit malaysia 50 sen

lima puluh sen dahulu amat bernilai. ketika musim pra-sekolah dahulu, dapat 50 sen boleh buat aku rambang mata, aku akan segera jalan kaki ke kedai runcit makcik timah. tak jauh, cuma 5 minit berjalan. semasa berjalan, otak aku awal awal lagi sudah allocate apa yang perlu dibeli. yang penting mesti ada aiskrim milo dan singam (chewingum). another balance aku ada option nak beli apa. mungkin keropok, atau gula gula. mungkin juga biskut kacang tumbuk yang dibalut kertas putih.

lima puluh sen dahulu bagi aku duit yang berat. sehingga kan aku letak di ketayap aku boleh terasa berat dia. jarang jumpa 50 sen tengah jalan, tempat letak kereta atau bekas pasar malam. bila besar, kedai runcit semakin meruncing. orang awam mengambil alternative lain untuk pergi ke kedai yang lebih berhawa dingin. rata rata kedai runcit dipelopori warga indon dan seantero. rasa macam di bandung pun ada.

kemarin tatkala hendak membeli topup di tujuh sebelas.. terlihat budak kecil terkial kial memilih chikidi di depan kaunter. rambang mata beliau nak beli apa.. mars? nips? black forest? atau fisherman friends?

aku baru bangun tidur dan aku tulis tentang ini.. ironic sungguh

No comments:

Post a Comment