generasi ambar adalah makhluk berakal yang mendiami di rumah corner lot jalan ambar. aku adalah salah seorang generasi ambar yang dilihat semakin pupus bilangan nya. rata rata berpindah ke tempat lain dan hilang inisiatif untuk duduk disitu. tempat aku di bilik tuan besar ( master bedroom) berkongsi dengan 3 orang yang lain. pernah dahulu berkongsi sehingga 5 orang.. solution yang aku ambik, aku tidur di luar mengadap tv dan tepi balkoni.. kadang kadang aku melawat juga, bertepuk tampar, bertanya kabar, masih ramai, tapi tidak semeriah dahulu. kalau dulu, waktu petang yang redup waktu paling sesuai untuk beriadah bermain bola dia sekitar rumah. jika cuaca mendung, kami ramai- ramai akan bentang tikar dan baring melihat awan berjalan. sambil menghirup teh ais yang baru dibeli dari hakim atau khulafah. kini, yang masih bergiat aktif hanya segelintir sahaja.. mujur mereka menemui kucing super besar jinak dan berbulu lebat, teman untuk petang yang tenang.

imran , syed dan mayor
No comments:
Post a Comment