ajaib
dahulu zaman kecil memang aku sangkakan zaman pemerintahan kuku besi
bangun seawal ayam jantan, pulang tanpa rehat dan teruskan untuk ke sekolah agama
petang hanya ada masa sejam lebih untuk bertepuk tampar dengan jiran rumah
maghrib waktu strict.. tv tidak dibenarkan pasang.. mandi perlu sebelum azan
solat dengan ayah dan malam pergilah mengaji di rumah jiran.
dan rutin ini berputar putar sama
namun waktu itu aku tidak pernah langsung mengalami stress, masalah hidup, pergaulan
pelik
kini aku tidak lagi mengikut rutin dahulu, zaman pemerintahn lebih demokrasi
masa belajar sudah tamat, tiada kelas malam, boleh mandi selepas azan
24jam masa memang ditangan aku sahaja,
sepatutnya mengikut hukum batasan manusia normal
aku bergembira dan jiwa lebih tenang mungkin
namun saat inilah masalah hidup berbagai, tensi , bosan,
aku pernah terfikir dahulu sewaktu lulus cemerlang UPSR,
apa yang complicated sewaktu zaman remaja?
best je kot..
ko xsolat ni.. huahuahua..
ReplyDelete