selamat hari natal semua.. tidak kisah lah anda india atau pagan.. mencuba untuk aplikasikan konsep satu malaysia.. hari krimas bukan seperti kismis california yang boleh dimakan macam itu je.. nak makan perlulah didahulukan dengan basmallah.. begitu juga sambutan.. ramai benar teruja nak ucap merry crismass.. apa apa pun salji tak turun di lembah klang.. itu pasti.. tetapi tidak di rumah empat musim di bukit cerakah.. itu lain cerita..
terbayang juga bagaimana jika wangsa maju tiba tiba dilanda salji.. yang pasti tergamam untuk 10 saat dan paling lama ialah sifat jakun.. dan tentunya paling sibuk ialah karam singh walia dengan isu alam sekitar.. okay..disini telah di listkan beberapa perkara yang pasti berlaku jika berlaku salji di wangsa maju..
1) status Fb semuanya berkenaan fenomena salji.. dan banyak gambar teruja diupload.. di tagged usah cakap lah..
2) kedai winterhouse semeriah butik topman..
3) google cara cara membuat snowman dan igloo
4) tidak lagi hairan memakai sweater pukul 2 petang di wangsa maju
5) wangsa maju diiktiraf bandar warisan malaysia dan pusat pelancongan unggul.
6) satu malaysia dapat dicapai.. imagin semua kaum ceria berlontar bola salji kepada kaum yang lain tanpa unsur racism.. wahhhhh indah
7) kedai abc dan cendol tumbuh bagai cendawan sekitar wangsa maju..
8) ice skating di sunway pyramid semakin sunyi.
9) kedai NZ dah macam everest.. fikir 2 kali nak datang
dan banyak lagi..
mungkin boleh dijadikan perbualan harian anda dengan rakan mengenai topik ini..
ambil contoh anda di kedai mamak dan anda tiada topik perbualan..
copy paste sahaja topik ini dan lihat hasil bagaimana meriah anda dan rakan gelak ketawa mencurah idea dan lawak rawak mengenai salji..
meriah dowh NZ.. huahuahua..
ReplyDelete