apa yang trend ketika dahulu?

seingat aku tahun 2000 adalah zaman kegemilangan magazine galaxie. ketika itu aku masih lagi obses dengan dunia mutiara naga dan playstation. melangkah ke trend seluar hijau memang menjanjikan kehidupan yang paling seronok bagi aku.. masakan tidak, pergi ke sekolah hanya memikirkan main main main.. cukup! mari sambung berkenaan majalah galaxie.

dilihat golongan wanita paling obsess seiringan ketika itu boyband seangkatan westlife dan boyzone amat menjadi2... di hebatkan lagi dengan perang poster lalu di tampal di meja2.. perlu juga dibalut dengan plastik agar berkekalan hingga hujung november..

aku pernah terjebak, ketika itu minat kepada gorillaz menjadi jadi.. terpampanglah koleksi lirik dan poster.. dikuatkan lagi damon albarn ialah vokalis blur.. wahh pernah suatu ketika ramai ingin menukar tempat duduk hanya kerana nak karaoke clint eastwood di meja aku..

si nerd tidak kurang hebat, mereka gigih menampal isu semasa ketika itu yang diambil dari keratan harian metro atau majalah siswa. tidak kurang yang golongan sandiwara ( dunia mereka penuh sembilu kasih dan masalah cinta, topic perbualan hanya tertumpu comel, couple, break, jiwa kacau, dating, tackle..) yang lebih kepada majalah remaja... golongan ini pernah terlalu berani sehingga menayangkan wajah BF/GF berukuran ic, demi cinta sejati katanya.. sangat sembilu kasih... pfffft..


zaman menayang berlarutan sehingga tingkatan 3 rasanya.. ketika itu ramai beransur sedar dan punyai kemaluan..

4 comments:

  1. aku terjebak dowh..linkin park sepanjang menengah rendah dan eminem di kala menengah atas..terase diri kebudak2an yang amat sgt..huhu

    ReplyDelete
  2. kat meja aku time skolah ada a mix of everything. mostly rock bands. the calling! aku ingat lagi. dan linkin park. dan michelle branch. tapi ni rasanya sekitar f3-f4. form 5 aku dah start riot grrrl. so banyak poem. hahaha

    ReplyDelete
  3. nope..duniaku lebey kpd form of contract...wahaha...

    ReplyDelete